Klinik Dinara | Klinik Kesihatan Wanita & Perancangan Keluarga Kuala Terengganu
Klinik Kesihatan Wanita Premium

Klinik Dinara
Dari Doa Ke Dua Garisan.

Klinik kesihatan wanita yang membantu anda merancang zuriat dan menjaga kesihatan hormon dan kehamilan dengan pendekatan perubatan moden dan berempati.

Dikendalikan oleh Doktor Wanita Rawatan Hormon & PCOS Berpusat di Kuala Terengganu
10+
Tahun Pengalaman
5.0
Google Reviews
100%
Doktor Wanita
Front Counter Klinik Dinara

Status Operasi

Buka Setiap Hari

10:00 AM — 11:00 PM

Termasuk Cuti Am*

KLINIK KESIHATAN WANITA & PERANCANGAN KELUARGA TERENGGANU SCAN 5D PREMIUM RAWATAN PCOS & HORMON ANTENATAL CHECKUP KLINIK KESIHATAN WANITA & PERANCANGAN KELUARGA TERENGGANU SCAN 5D PREMIUM RAWATAN PCOS & HORMON ANTENATAL CHECKUP
KENAPA PILIH KAMI

Kenapa Ramai Wanita Memilih Klinik Kami?

Klinik Dinara menyediakan pengurusan masalah hormon dan kesuburan wanita secara sistematik dan berasaskan bukti perubatan (Evidence-based).

  • Penilaian klinikal menyeluruh & berperingkat
  • Pelan rawatan hormon & kesuburan disesuaikan mengikut individu
  • Ultrasound TVS & 5D moden untuk penilaian tepat
  • Privasi dan kerahsiaan pesakit diutamakan
  • Mudah dihubungi untuk susulan rawatan yang terancang
  • Temujanji fleksibel

Penilaian yang tepat adalah asas kepada rawatan yang selamat dan berkesan.

PENJAGAAN TEPAT

Peralatan Moden & Analitik Kesihatan

Setiap pesakit dipantau secara teliti. Sistem pengurusan kami memastikan protokol rawatan dioptimumkan untuk kesan yang maksimum.

Saringan Kesihatan Pra-Konsepsi

Ujian darah hormon, scan TVS, ujian air mani, dan Hyfosy.

Rawatan IUI

Langkah awal TTC sebelum IVF untuk mendekatkan sperma ke telur.

Klinik Dinara - Peralatan Ultrasound 5D Moden

Doktor Bertauliah

Dikendalikan oleh doktor wanita berpengalaman sedekad.

Ujian NIPT

Menganalisis DNA janin melalui darah ibu seawal 10 minggu.

Kepakaran Kami

Rawatan & Perkhidmatan

Perancangan Keluarga (TTC)

Penyelesaian lengkap untuk pasangan yang merancang zuriat melalui saringan kesihatan pra-konsepsi yang terperinci.

  • Ujian Hyfosy (Tiub)
  • Saringan Sperma
  • Rawatan IUI
Tanya Harga Pakej

Antenatal Care

Pemantauan rapi untuk ibu dan bayi bagi memastikan kehamilan yang sihat dan selamat.

  • Scan 5D HD Premium
  • Ujian NIPT (DNA)
  • Buka Buku Pink
Tempah Slot Scan

Gynae & Wellness

Pemeriksaan kesihatan wanita menyeluruh dari masalah haid hingga ke perancang keluarga.

  • Rawatan PCOS
  • Pap Smear & HPV
  • Implan/IUD Perancang
Rujuk Masalah Haid
KENALI DOKTOR KAMI

Dr. Nuryn Zhafaryna

Dalam video ini, Dr. Nuryn berkongsi:

  • 10+ Tahun Pengalaman

    Perjalanan beliau dalam dunia perubatan wanita.

  • Tips Kesihatan

    Nasihat untuk wanita yang sedang merancang kehamilan.

Tempah Konsultasi Sekarang
Barisan Doktor

Barisan Doktor Kami

Dr Nurulhuda Embong
MD (UDAYANA)

Dr. Nurulhuda Embong

Doktor perubatan yang teliti dengan minat mendalam dalam rawatan Nephrology dan penjagaan antenatal.

Bertugas 6 Hari Seminggu
Dr Nuryn Zhafaryna
MBBS (UiTM)

Dr. Nuryn Zhafaryna

Mempunyai pengalaman klinikal yang luas dalam bidang Pediatrik dan Kesihatan Wanita selama lebih sedekad.

Bertugas 6 Hari Seminggu
KISAH PESAKIT KLINIK DINARA

Dari Doa, Ke Dua Garisan — Kisah Nyata Pesakit Kami

@dinaraclinickt

Ketik untuk tonton

@klinikdinara_kt

Ketik untuk tonton

Z

Zatiey

⭐⭐⭐⭐⭐

"Alhamdulillah sgt jelas penerangan drpd doktor. Saya ambil pakej saringan kesuburan dan rawatan di Klinik Dinara. Dr Huda dan Dr Nuryn sgt berpengalaman dalam bidang ni, recommended sgt.."

via Google Reviews

W

Wan Syafiq

⭐⭐⭐⭐⭐

"kami pernah datang ke sini untuk konsult dan saringan kesuburan, alhamdulillah puas hati dengan penerangan doktor dekat saya yg dok faham medical, alhamdulillah kami lakukan hyfosy dekat klinik dinara juga semua okey"

via Google Reviews

N

Nur Syazwani

⭐⭐⭐⭐⭐

"Sangat berpuas hati dengan sesi consultation. Doktor memberikan penerangan menyeluruh berkaitan perancangan keluarga serta isu thalassemia, termasuk risiko dan pilihan yang ada. Sangat sesuai untuk pasangan yang merancang kehamilan."

via Google Reviews

A

nor atikah binti mustafa

⭐⭐⭐⭐⭐

"Terima kasih klinik dinara.. sangat2 puas hati pasang implanon di klinik dinara.. penerangan yang sangat mendalam Dan mudah untuk difahami.."

via Google Reviews

WAJAH-WAJAH KLINIK DINARA

Mereka Yang Datang Dengan Doa, Pulang Dengan Senyuman

Patient Ambassador
Patient Ambassador
Patient Ambassador
Patient Ambassador
DARI MEJA DOKTOR

Jawapan Untuk Soalan Yang Sering Terpendam

Bilik Konsultasi Klinik Dinara

Pasangan digalakkan menjalani saringan pra-konsepsi terlebih dahulu — termasuk ujian darah hormon, scan TVS, ujian air mani, dan Hyfosy. Ini membantu doktor mengenal pasti punca masalah dengan tepat sebelum sebarang rawatan dimulakan.

Tidak! PCOS hanya menjadikan ovulasi tidak konsisten — bukan mustahil untuk hamil. Dengan bimbingan doktor dan rawatan yang sesuai, ramai pesakit PCOS berjaya hamil secara semula jadi atau dengan bantuan rawatan ringan.

Period teratur tidak menjamin ovulasi atau kualiti telur yang baik. Faktor lain seperti halangan pada tiub, kualiti sperma, atau endometriosis juga boleh menjadi punca. Saringan menyeluruh diperlukan untuk jawapan yang tepat.

OPK positif menandakan lonjakan hormon LH yang mencetuskan ovulasi — ia bukan ujian kehamilan. UPT negatif bermakna pembuahan belum berlaku atau masih terlalu awal untuk dikesan. Lakukan UPT sekurang-kurangnya 14 hari selepas ovulasi untuk keputusan yang tepat.

Senggugut teruk yang berulang boleh menjadi tanda endometriosis, fibroid, atau adenomyosis — bukan sekadar "normal". Jika kesakitan mengganggu aktiviti harian atau tidak bertindak balas terhadap ubat tahan sakit biasa, dapatkan penilaian klinikal segera. Rawatan awal boleh melindungi kesuburan jangka panjang.

Kunjungi Kami

Lokasi Strategik & Mudah

Exterior Klinik Dinara

Alamat Penuh

PT 3614, 1, Jln Alam Mutiara 2, Tok Molor, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Logo

Klinik kesihatan keluarga yang mengkhususkan kesihatan wanita seperti masalah period, hormon, perancangan keluarga, kehamilan dan penjagaan reproduktif.

Hubungi

  • 011-6266 9091
  • Kuala Terengganu, Terengganu
  • dinarahealthcare2024@gmail.com

Waktu Operasi

Isnin — Ahad

10 PAGI — 11 MALAM

*BUKA SETIAP HARI TERMASUK CUTI AM

*Hanya tutup pada Hari Raya Aidilfitri Pertama & Kedua serta Hari Raya Aidiladha Pertama & Kedua.

© 2026 KLINIK DINARA — HAK CIPTA TERPELIHARA

DEVELOPED BY MAFAR HEALTH TECH SDN BHD